Friday, December 16, 2011

SBPA untuk GC.... Bincangkan..

Title: LALUAN KERJAYA GURU CEMERLANG DI BAWAH SBPA - MAKLUM BALAS DARI JPA
Post by: Ooi Lay Guat on December 10, 2011, 01:11:08 PM
Pn Ooi Lay Guat,

Laluan Cemerlang dalam SBPA tidak akan dilaksanakan lagi tetapi kriteria kecemerlangan diterap masuk dalam Time Based. Laluan SME adalah laluan baru. Guru Cemerlang yg sedia ada adalah termasuk dalam Laluan Time Based dan perlu mematuhi syarat dan kriteria yg ditetapkan.
terima kasih.

Urusetia SBPA Bahagian Perkhidmatan
-----Original Message-----
From: ooi lay guat
Sent: 09/12/2011, 18:49
To: sbpa
Cc: sbpa@moe.gov.my
Subject: LALUAN KERJAYA GURU CEMERLANG SEDIA ADA DI BAWAH SBPA


Tuan/ puan,

Merujuk kepada perkara di atas, saya berasa besar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi penjelasan kepada beberapa soalan saya mengenai laluan kerjaya
Guru cemerlang DG44, DG48, DG52 & DG54 yang sedia ada di bawah skim SSM.

Mengikut SBPA, guru-guru gred DG48(DG1-4) dan ke atas layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred DG52(DG1-5), DG54(DG1-6) & pendeta guru setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Adakah ini bermakna Guru Cemerlang sedia ada di bawah SSM gred DG48, DG52 dan DG54 akan secara automatik mengikuti laluan kerjaya Subject Matter Expert (SME) di bawah SBPA?

Jika ya, bagaimana pula dengan Guru Cemerlang DG44 ? Mereka juga akan terus mengikuti laluan kerjaya SME atau akan patah balik kepada Guru Biasa ?

Atau Guru Cemerlang DG44 yang sedia ada sekarang juga perlu memenuhi syarat berkhidmat selama 8 tahun di gred DG44(DG1-2) dan syarat-syarat lain, barulah boleh naik pangkat ke DG48 (DG1-4) di bawah SBPA?

Jika ya, ini bermakna secara tidak langsung GC DG44 ini telah dipinggirkan dari laluan fast track (SME) yang telah mereka kecapi sebelum ini apabila SBPA diperkenalkan. Mereka perlu tunggu sehingga DG48 (DG1-4) barulah berpeluang untuk mengikuti laluan kerjaya SME. Diharapkan tuan /puan dapat memberi penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

Ooi Lay Guat.
Guru dari Alor Setar.

Title: Re: LALUAN KERJAYA GURU CEMERLANG DI BAWAH SBPA - MAKLUM BALAS DARI JPA
Post by: Adura Azlin b Ishak on December 10, 2011, 01:45:28 PM
Terima kasih atas info.

Seperti yang di duga. Akhirnya segala penat lelah melalui penilaian oleh nazir sebanyak 2kali menjadi sia sia.

Title: Re: LALUAN KERJAYA GURU CEMERLANG DI BAWAH SBPA - MAKLUM BALAS DARI JPA
Post by: Jailani bin Yatim on December 10, 2011, 02:20:32 PM
Lepas ni undur diri dari Guru Cemerlang. baik jadi guru biasa.

Title: Re: LALUAN KERJAYA GURU CEMERLANG DI BAWAH SBPA - MAKLUM BALAS DARI JPA
Post by: Wong Ik Ming on December 10, 2011, 02:41:12 PM
Quote from: Jailani bin Yatim on December 10, 2011, 02:20:32 PM
Lepas ni undur diri dari Guru Cemerlang. baik jadi guru biasa.

Semoga Majlis Guru Cemerlang Malaysia dan Negeri dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dalam hal ini dalam membela nasib GC kerana kalau tidak silap saya, Laluan Cemerlang SME (Subject Matter Expert) hanya untuk gred atas-atas sahaja.

Title: Re: LALUAN KERJAYA GURU CEMERLANG DI BAWAH SBPA - MAKLUM BALAS DARI JPA
Post by: Goh Yong Juan on December 10, 2011, 02:43:03 PM
Terima kasih Puan Ooi atas perkongsian ini.
Cuma "Laluan SME adalah laluan baru" kurang diperjelaskan oleh moe. :)

Title: Re: LALUAN KERJAYA GURU CEMERLANG DI BAWAH SBPA - MAKLUM BALAS DARI JPA
Post by: Mohana Ram Murugiah on December 10, 2011, 02:52:31 PM
Penat - penat jer kena observa nazir.......hmmmm siapa nak perjuangkan....??

Title: Re: LALUAN KERJAYA GURU CEMERLANG DI BAWAH SBPA - MAKLUM BALAS DARI JPA
Post by: Goh Yong Juan on December 10, 2011, 02:54:55 PM
Quote from: Mohana Ram Murugiah on December 10, 2011, 02:52:31 PM
Penat - penat jer kena observa nazir.......hmmmm siapa nak perjuangkan....??


Segala usaha perlu diteruskan dan dipertingkatkan, tiada polisi atau dasar yang kekal selama-lamanya. :D

Title: Re: LALUAN KERJAYA GURU CEMERLANG DI BAWAH SBPA - MAKLUM BALAS DARI JPA
Post by: Kiu Toh Seng on December 10, 2011, 03:15:24 PM
tq for sharing, saya tunggu n lihat aje!

Title: Re: LALUAN KERJAYA GURU CEMERLANG DI BAWAH SBPA - MAKLUM BALAS DARI JPA
Post by: Ooi Lay Guat on December 10, 2011, 04:49:15 PM
Quote from: Jailani bin Yatim on December 10, 2011, 02:20:32 PM
Lepas ni undur diri dari Guru Cemerlang. baik jadi guru biasa.

Ha...ha..., berfikiran secara positif, tak jadi GC pun tak apa, jadilah guru biasa, jadi tak perlulah dijadikan alasan "pihak-pihak tertentu" mengatakan "sebab kamu GC, jadi perlulah kamu buat ini dan itu, kami bukan GC, jadi itu bukan tanggungjawab kami !" Hmmm, maka terlepaslah segala tekanan !

Sebenarnya saya rasa SBPA ini memang bagus, ia memberi laluan kenaikan pangkat secara adil dan saksama kepada semua guru sehingga DG54 atau pendeta guru. Pegang jawatan Guru Biasa DG44 atau GC DG44 pun berpeluang untuk naik pangkat sehingga DG54. Jadi tiada bezanya sama ada GC atau tidak GC. Yang penting, berpeluang naik sehingga DG54 dan tidak terhenti setakat DG48 sahaja seperti di bawah SSM (kalau jadi Guru Biasa). Ia juga baik untuk memupuk semangat muhibbah di kalangan rakan sekerja di mana terdapat sesetengah yang rasa kurang senang hati kerana GC berpeluang naik pangkat hingga ke DG54 atau JUSA C, tetapi mereka tidak. J

Kalau cikgu masih berminat lagi jadi GC, bolehlah ikut laluan SME selepas DG1-4(DG48) !

Jadi Guru Biasa, kita tidak terikat lagi dengan pencerapan P & P rakan sekerja dan penyemakan buku latihan rakan sekerja, boleh beri tumpuan dalam persediaan P & P. Kalau rakan perlukan bantuan, kita masih bersedia untuk memberikan perkongsian pendapat !

Yang amat penting, kita perlu menjalankan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas, jujur , berdedikasi dan penuh dengan tanggungjawab.


Title: Re: LALUAN KERJAYA GURU CEMERLANG DI BAWAH SBPA - MAKLUM BALAS DARI JPA
Post by: Samuel Ngieng on December 10, 2011, 08:16:34 PM
Jangan putus asa, kalau perfomance termuka guru cemerlang boleh lompat lagi cepat sehingga sampai ke guru pendeta tanpa melihat bilangan tahun jika prestasi termuka. Seperti mula-mula diperkenalkan guru cemerlang, banyak guru ragu-ragu memohon tetapi akhirnya jadi satu pilihan utama guru-guru, bak kata peribahasa, "yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Mana tahu peringkat sekarang nampak ini baik tetapi masa akan datang akan berubah lagi seperti kata peribahasa, "zaman beralih musim bertukar". Semua maklumbalas mungkin betul pada masa ini tidak semestinya tepat pada masa akan datang, polisi atau berubah-ubah, siapa pantas dia akan dapat.

Title: Re: LALUAN KERJAYA GURU CEMERLANG DI BAWAH SBPA - MAKLUM BALAS DARI JPA
Post by: Neo Hui Kiam on December 10, 2011, 10:07:43 PM
Cikgu Ooi,

Syabas diucapkan kerana bersikap positif dan memang benar-benar layak digelar 'guru cemerlang ' .
tq.

No comments:

Post a Comment