Saturday, February 15, 2014

PBSMR @ PPMR???

SENARIO 2014




Semua pelajar tingkatan tiga disahkan akan menduduki Pentaksiran Pusat (PP) untuk Pentaksiran Peringkat Menengah Rendah (PPMR) pada Oktober ini bagi menguji apa yang telah dipelajari selama tiga tahun di sekolah menengah.

Dalam pada itu, Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang mendapat rungutan ramai cikgu sebelum ini dijangka akan ditambah baik sepenuhnya pada April ini.

Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Na'imah Ishak berkata, PPMR tidak bergantung 100 peratus kepada peperiksaan pusat tetapi merangkumi empat kumpulan penilaian yang berbeza.

Beliau berkata, empat penilaian tersebut ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikologi.

``Kementerian Pendidikan tidak menghapuskan Penilaian Menengah Rendah (PMR), kita sebaliknya menambah baik apa yang ada bagi memupuk bakat dan kemahiran pelajar dalam pelbagai bidang," katanya dalam temuramah dengan beberapa media.

Na'imah berkata, PPMR akan menilai beberapa aspek termasuk pengetahuan, pemahaman, kemahiran, penyertaan dan pembangunan pelajar berkenaan.

Di bawah Pentaksiran Pusat (PP) PPMR, prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dinilai dalam bentuk ujian bertulis dan lisan manakala subjek lain termasuk Bahasa Arab, Cina dan Tamil hanya diuji secara bertulis.

``Untuk subjek bahasa yang tidak diuji secara lisan dalam PP, cikgu boleh mengadakan penilaian sendiri di sekolah," kata Na'imah.

Tambahnya, ujian bertulis dan lisan untuk PP dijadualkan mengambil tempat pada Oktober ini.

Dalam pada itu, Na'imah mengesahkan bahawa versi SPPBS yang ditambah baik dengan kapasiti lebih tinggi akan dapat digunakan oleh para cikgu pada April ini.

Beliau turut mengakui bahawa SPPBS yang lama mempunyai masalah tertentu sehingga menyebabkan ramai guru terpaksa menghabiskan masa yang panjang untuk memasukkan data.

``Kementerian Pendidikan akan menambah kapasiti sistem supaya para cikgu boleh memasukkan data dengan lebih pantas" katanya.


Read more: http://malaysiagazette.com/akhbar-cina/pentaksiran-pusat-ppmr-oktober-sppbs-ditambah-baik-april#ixzz2tSaCk6fA
Follow us: @MalaysiaGazette on Twitter | MalaysiaGazette on Facebook

SELAMAT DATANG 2014