Bab 4 Nombor Perpuluhan
Nombor Perpuluhan dan Pecahan
Mewakilkan pecahan 1/10 dan 1/100 sebagai nombor perpuluhan dan sebaliknya.
Nombor perpuluhan (decimals) adalah pecahan (fractions) yang mana penyebutnya (denominator) adalah gandaan 10, iaitu, 10, 100, 1 000, … dan seterusnya.
Dalam rajah di bawah, kawasan berlorek mewakili 8 daripada 10 bahagian, iaitu 8/10 bahagian.
1 daripada 10 bahagian = 1/10 = 0.1
Disebabkan 1/10 = 0.1
Oleh sebab itu, 8/10 = 0.1 x 8 = 0.8
Oleh itu, nombor perpuluhan dan pecahan, adalah boleh saling ditukar(interchangeable).
Mewakilkan pecahan dengan penyebut 1, 100 dan 1 000 sebagai nombor perpuluhan.
Mana-mana pecahan dengan penyebut (denominator) 10, 100 dan 1 000 boleh diungkapkan dalam bentuk nombor perpuluhan.
Disebabkan 1/10 = 0.1,
dan 1/100 = 0.01,
dan 1/1000 = 0.001,
Oleh sebab itu 81/100 = 0.81
Bagaimana nombor perpuluhan ditulis dan dibaca?
4/10 = 0.4 [dibaca sebagai: kosong perpuluhan empat (zero point four)]
3/100 = 0.03 [dibaca sebagai: kosong perpuluhan kosong tiga (zero point zero three)]
1987/1000 = 1.987 [dibaca sebagai: satu perpuluhan sembilan lapan tujuh (one point nine eight seven)]
Menukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya.
Untuk menukar pecahan kepada nombor perpuluhan:
Bahagikan pengangka (numerator) oleh penyebutnya (denominator).
Contoh 1:
Tukarkan pecahan berikut kepada nombor perpuluhan.
1) 1/8
Jwb:
1/8 = 1 ÷ 8
Oleh itu, 1/8 = 0.125
2)15/8
Jwb:
15/8 = 15 ÷ 8
Oleh itu, 15/8 = 1.875
Untuk menukar nombor perpuluhan kepada pecahan:
Kira bilangan digit di sebelah kanan titik perpuluhan.
Kemudian, tukarkan nombor perpuluhan kepada pecahan yang setara, dengan penyebutnya adalah gandaan 10.
Permudahkan jawapan kepada sebutan (term) yang paling rendah (serendah mungkin).
Contoh 2:
Tukarkan nombor perpuluhan berikut kepada pecahan.
1) 0.07
Jwb:
0.07 = 7/100
0.07 (mempunyai dua digit disebelah kanan titik perpuluhan)
7/100 (penyebutnya mempunyai dua sifar/zero)
2) 0.095
Jwb:
0.095 = 95/1000
0.095 (mempunyai tiga digit disebelah kanan titik perpuluhan)
95/1000 (penyebutnya mempunyai tiga sifar/zero)
3) 1.568
Jwb:
1.568 = 1 + 0.568 = 1 + 568/1000
Selamat Belajar......
TQ 2 https://mathform1.wordpress.com/nota-matematik-tingkatan-1/bab-3-perpuluhan/
Monday, February 8, 2016
Monday, February 1, 2016
JOM BELAJAR MATEMATIK
Bab 3 Pecahan
Pecahan
Apabila satu unit dari keseluruhan kuantiti dibahagikan kepada
bahagian yang sama, mana-mana bahagian dalam kuantiti tersebut dipanggil
sebagai pecahan unit (fractions of the unit).
Jadual dibawah menunjukkan bagaimana pecahan dibaca.
Pecahan adalah nombor yang mewakili satu atau lebih bahagian yang
sama dibahagikan daripada keseluruhannya. Contohnya, Dalam rajah
dibawah, setiap bahagian adalah 1 daripada 6 bahagian yang sama.
Pecahan juga boleh digunakan untuk menamakan sebahagian daripada koleksi atau satu set objek atau kumpulan. Contohnya,
Setiap pensil di atas adalah 1 daripada sekumpulan 4 pensel.
Pecahan boleh diwakili oleh gambar rajah. Contohnya,
Bahagian-bahagian yang berlorek dalam gambar rajah adalah mewakili 8
bahagian daripada 9 bahagian yang sama. Dengan kata lain, 8/9 daripada
gambar rajah.
Menulis pecahan.
Pecahan ditulis dalam bentuk, dimana a adalah pengangka (numerator) dan b adalah penyebut (denominator). Contohnya,
Bilangan 1 adalah mewakili semua bahagian keseluruhannya.
Contoh 1:
Apakah pecahan yang diwakili oleh bahagian-bahagian yang berlorek dalam setiap gambar rajah di bawah?
-
Jwb: 5/8
-
Jwb: 1/4
-
Jwb: 3/6 = 1/2
Subscribe to:
Posts (Atom)