Format Baru Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Info ni sangat PENTING. Ianya akan menjadi tanda aras awal di mana anak kita akan berada 10 tahun akan datang. - See more at: http://cheguzam.blogspot.com/2014/06/kbat-panduan-dan-format-untuk-guru.html#sthash.HgDRQtZW.dpuf

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
2.0 KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.
KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.
Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.
KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.
Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.
KBAT - Panduan dan Format untuk Guru Matematik
JENIS SOALAN DALAM MATEMATIK
|
|
---|---|
1) RUTIN (Aras Rendah)
--> Tidak memerlukan murid menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. (Biasa kita gunakan)
CONTOH 1:
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70.
Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria? |
2) BUKAN RUTIN (Aras Tinggi) --> Memerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi. --> Penyelesaian mungkin memerlukan lebih daripada 1 cara bagi membuat keputusan dan memilih operasi matematik.
CONTOH 2:
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan
sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual. Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen? Terangkan jawapan anda. |
Jumlah "A" bukan lagi perkara yang penting dlm pencapaian akademik. Yang penting bagaimana anak anda mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah.
GAYA soalan ditanya untuk pelajar Tahun 1,2,3,4,5,dan 6 akan berubah sama sekali.
Soalan LOTs (Lower Order Thinking Skills)
|
|
Zaman dulu soalannya mungkin seperti ini Bundarkan 726 kepada ratus yang terdekat? Anak anda mungkin boleh faham dgn pantas. |
Apakah nombor yang boleh dibundarkan kepada 700? Cuba anda fikir dan berikan jawapan dengan pantas. Banyak jawapan bukan? Timbul rasa ragu? Dan perlu berhenti untuk berfikir sekejap, bukan? Ini masih lagi dikira soalan tahap rendah. |
Mungkin sebagai ibubapa, yang mungkin terbaca artikel ini, Apa tindakan kita untuk membantu anak-anak?
Soalan berbentuk KBAT akan mula diajar pada sesi TAHUN 2014 ini.
PERSOALANNYA SEJAUH MANAKAH semua ibu bapa dudah TAHU tentang PENAMBAHAN ini?
Berikut disenaraikan 5 CIRI 'KBAT' @' HOTs' @cheguzam |
|
---|---|
SKOP YANG LUAS ❒ Pengetahuan Asas sebagai keperluan |
|
FAKTA
❒ Tidak Spesifik & merentasi matapelajaran |
|
BERMAKNA
❒ Boleh ditafsir dan Mencabar |
|
STIMULUS
❒ Situasi baru ❒ Bukan lazim bagi murid
❒ Memberi maklumat secukupnya kepada pelajar
|
|
RESPON MURID ❒ Kepelbagaian
❒ Boleh melibatkan lebih daripada 1 jawapan
|
Tahukah
anda Soalan UPSR dan SPM akan berbentuk Pemikiran Aras Tinggi menjelang
tahun 2016? Ianya lebih dikenali sebagai 'Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT)' atau 'Higher Order Thinking Skill (HOTs)'. Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) harus diterapkan bermula sekarang.
Bersediahkah anda? Luangkan MASA 5 MINIT untuk anda memahami perubahan yg berlaku dlm dunia pendidikan kita sekarang. - See more at: http://cheguzam.blogspot.com/2014/06/kbat-panduan-dan-format-untuk-guru.html#sthash.HgDRQtZW.dpuf