GC MATEMATIK SMK LUBOK CHINA

Saturday, July 8, 2017

BULATAN (TINGKATAN 2)

BAHAGIAN BULATAN







Posted by alice at 3:18 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

LATIHAN MATEMATIK

  • LATIH TUBI MATH ON LINE
  • MATH EXERCISE

JAM HARI INI..

Melaka time
 

Blog Archive

  • ▼  2017 (2)
    • ▼  July (1)
      • BULATAN (TINGKATAN 2)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (12)
    • ►  December (4)
    • ►  October (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2014 (4)
    • ►  May (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2013 (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2012 (9)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
  • ►  2011 (9)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)

NOTA MATEMATIK

  • nota math 4 & 5
  • JOM TUISYEN
  • NOTA PMR
  • NOTA POWER
  • NO. PECAHAN n PECAHAN
  • HISTOGRAM
  • DESS MATH BLOG
  • SUDUT DAN GARIS ( Ting 1 )

VIDEO PnP for SPM

  • NUMBER BASES
  • VARIATION 2
  • VARIATION 1
  • INTEGRATION
  • QUADRATIC EQUATIONS
  • STANDARD FORM
  • SIGNIFICANT FIGURES
  • DISTANCE
  • MATRICES
  • TRIGONOMETRY

VIDEO PnP for PMR

  • TRIGONOMETRY
  • INDICES
  • POLYGON
  • LINES n ANGLES
  • CIRCLE

About Me

My photo
alice
Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar. ---Khalifah ‘Umar
View my complete profile

Modul matematik Tingkatan 4 & 5

  • AKADEMIK PAHANG
  • MOZAC
  • Soalan Math SMTJB

NOTA MATEMATIK

  • ADD MATH FORM 5
  • ADD MATH FORM 4
  • MATH FORM 3
  • MODERN MATH FORM 5
  • MODERN MATH FORM 4
  • ADD MATH SPM

Sambungkan saya ke....

  • MATEMATIK 2 U...
  • NOTA MATH SPM
  • NOTA MATH PMR
  • MATH GAMES4
  • COOL MATH
  • MATH GAMES
  • English is Fun

OPTICAL ILLUSION

OPTICAL ILLUSION

2011 MATH PROJECT

1) My OMG Class

“O.M.G. PROGRAMME ”

(Maths for PMR Candidate - 2011)

OBJECTIVE :

· >>To push the form 3 to get A in Math

· >>To make a Revision Session in group

· >>To assist students to solve the formatted math question in a correct way/technique

VENUE :

· >> ICT Lab

· >>PSS

TIME :

· >>Monday to Thursday

· >>After School Hour

Duration of the Programme :

· >>July – Nov 2011

MATERIALS :

>> Books, Handouts, Reference Books, Past Year Questions, Real PMR Paper

2) 'Net' for 2G

OBJECTIVE :

· To push the form 2G Student to understand the topic of Net

· To make a Revision Session in group

· To assist students to solve the Net question in a correct way/technique

VENUE :

· ICT Lab

TIME :

· Monday

· After School Hour

Duration of the Programme

2 Periods of P n P

MATERIALS :

>> Books, Handouts, Scissors, Boxes


PERISTIWA PENTING BULAN MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

RAJIN BERSENAM,,, PINTAR MATEMATIK

Bijak dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti.

Senaman biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang biasanya hanya duduk diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan, bahkan bertambah baik dalam Matematik.

Demikian penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat (AS).

Mengapa mata pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya, namun alasan utama kerana Matematik adalah subjek yang memiliki tahap kesukaran yang lebih tinggi berbanding mata pelajaran lain.

Para pengkaji juga berharap agar bukan kanak-kanak obes sahaja yang perlu bersenam setiap hari, bahkan mereka yang bertubuh normal. Penyelidikan tersebut didasarkan pada kajian ke atas 171 orang kanak-kanak terlebih berat badan berusia antara tujuh hingga 11 tahun di AS.

Setelah melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam matematik. Menurut laman web Pysch Central, selepas dilakukan imbasan MRI terhadap otak kanak-kanak tersebut, terdapat peningkatan aktiviti otak di korteks prefrontal iaitu kawasan yang digunakan untuk berfikir.

Selain itu, kecerdasan otak (IQ) turut bertambah. Semakin kerap mereka bersenam, semakin tinggi IQ mereka. Rata-rata berlaku peningkatan sebanyak 3.8 mata untuk mereka yang bersenam selama 40 minit sehari selama tiga bulan.

Senaman yang dilakukan adalah pelbagai. Ini termasuk berlari, lompat tali dan bersenam.

Semua aktiviti itu juga merangsang otak. Ini memandangkan senaman membuatkan aliran darah serta oksigen ke otak berjalan lancar.

Faktanya, seseorang tidak mungkin boleh bergerak jika otaknya tidak aktif. Untuk aktif, oksigen diperlukan sekali gus menjadikan kedua-dua aktiviti dan oksigen saling berkait.

Total Pageviews

WELCOME 1433 H

WELCOME 1433 H

SEARCH BOX

Followers

RENUNGAN.....

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah

—

KELUHAN GC

as: aku pasrah sahaja...baru setahun pegang jwtn gc...
25 Dec 11, 19:22
GB/GK/GW/PG: SELAMAT JALAN GC...SELAMAT DATANG SPBA...
25 Dec 11, 11:23
gcsedih: kalau tengok FAQ SBPA memang dinyatakan tiada GC lagik. telah dimaklumkan pada KPPK lagik. sila baca FAQ SBPA kat lama KPMn web
25 Dec 11, 06:59
GC DG1-2: BETUL, BETUL, BETUL...TAKLIMAT SPBA DI SEKOLAH TEMPOHA HAR, PENTADBIR MEMAKLUMKAN JWTN GC TETAP WUJUD DAN AKAN DIBERI NAFAS BAHARU. ALHAMDULILLAH....
25 Dec 11, 06:47
GC SEJATI: INSYA-ALLAH, GC AKAN DIKEKALKAN. KITA TUNGGU PENGUMUMANAN OLEH BAHAGAIN KENAKAN PANGKAT.
24 Dec 11, 22:12
Cikgu Amin: Belum rasa gaji DG44 lagi.... Cuma rasa elaun memangku DG44 jer... Adoh malangnya nasib guru di Malaysia ni!!!!
24 Dec 11, 22:10
Cikgu Amin: JPA... tolonglah tengok kedudukan GC ni... Ini bukan transformasi, ini namanya ideabasi...
24 Dec 11, 22:09
Cikgu Amin: SBPA pulak diperkenalkan dan Jawatan GC tiada lagi. Lebih baik aku terima tawaran Time-based KUP hari tu dan tentu dah dapat gaji DG44.... Aku memang bengang!!!!
24 Dec 11, 22:07
Cikgu Amin: SBPA... GC akan dimansuihkan? Maknanya kita jadi Guru Biasa. Kalau tahu tak payah mohon GC, menyusahkan saja. Dahlah kena observe dgn Jemaah Nazir, tiba-tiba bila dah dapat, belum dapat pengesahan,
24 Dec 11, 16:04
gcjohor: kalau ada sbpa pun, patutnya GC perlu kekal dan ikut je gaji sebaris tu, bezanya gc 3 tahun, time based 8 tahun..apa susah
24 Dec 11, 13:50
janey: hello
24 Dec 11, 08:30
UPIN IPIN: BAGUS JUGA IDEA TU...
24 Dec 11, 08:03
MINAH JENIN: OK LA TU ADA GB, GK, GW & PG...GC, GC KANAN, GC WIBAWA & PRNDETA GC...SOKONG 100%
24 Dec 11, 07:00
MAT JENIN: HARIMAU MATI TINGGALKAN BELANG, GAJAH MATI TINGGAL GADING, GC MATI TINGGALN ILMU YANG BERMANFAAT UNTUK ANAK BANGSA TERCINTA...
24 Dec 11, 06:59
MAT JENIN: BERANGAN-ANGAN KENA PADA TEMPATNYA TIADA SALANYA. KITA YAKIN PARA GC DAH BANYAK BERKORBAN, TENAGA, BUAH FIKIRAN DAN PERASAAN DIKERAH HABIS-HABISAN. HARAP2 AKAN BERLAKU TRANFORMASI GC. SANGKA BAIK LA.
24 Dec 11, 06:50
Sokong GC: MOGA IMPINA JDI KENYATAAN. TERUSKAN PERJUANGAN WAHAI SEMUA GC...USAHA DAN HARAPAN KALIAN PASTI DIBERKATI ALLAH KE ARAH MENCEMERLANGKAN PENDIDIKAN DI NEGARA MALAYSIA TERCINTA
22 Dec 11, 20:00
bukan GC: dok mati berangan la...
22 Dec 11, 08:29
TawauSabah: KITA BERHARAP PIHAK KENAIKAN PANGKAT AKAN MEMBUAT TRANSFOMASI UNTUK JAWATAN GC. SAYA MENCADANGKAN GC DIBERI NAFAS BAHARU SEPERTI DG41/DG44 DIGELAR GC, DG48/54 GC KANAN, DG54 GC WIBAWA, JUSA PENDETA GC
21 Dec 11, 21:35
esmyra: nice blog love it!visit me n explore my ads:)
21 Dec 11, 17:51
TawauSabah: INSYA-ALLAH, JAWATAN GRED GC AKAN DIBERI NAFAS BAHARU...DOA+USAHA+IKTHTIAR+TAWAKKAL...

HEPI B'DAY

HEPI B'DAY
Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.