Tuesday, January 19, 2016

POLA DAN URUTAN NOMBOR

LATIHAN BAB 2 :


1 Nilai x dalam urutan nombor 41, x, 53, dan 59 ialah
A   45                      C   47
B   46                      D   48
 
  2   Huraikan pola bagi urutan nombor 15, 28, 41, 54, dan 67.
A   Bermula dengan 15 dan tambah 3
kepada setiap nombor berikut.
B   Bermula dengan 15 dan tambah 13
kepada setiap nombor berikut.
C   Bermula dengan 3 dan tambah 15
kepada setiap nombor berikut.
D   Bermula dengan 13 dan tambah 15 kepada setiap nombor berikut.
 
  3   Antara yang berikut, manakah bukan  satu urutan nombor?
A   9, 16, 23, 30, 37
B   21, 29, 37, 45, 53
C   72, 86, 100, 114, 128
D   87, 100, 113, 125, 137
 
  4   Satu urutan nombor diperoleh dengan menambah 3 kepada nombor sebelumnya, kemudian mendarap dengan 4. Cari nombor ketiga dalam senarai itu diberi nombor pertama ialah 5.
A   29
B   95                     
C   140
D   180
 
  5   Berapakah bilangan nombor genap daripada 33 hingga 49?
A   7                        C   9
B   8                        D   10
 
  6   Apakah nilai x dan y dalam urutan
nombor (12, 17), (x, 15), (24, 13), (30, y), dan (36, 9)?
A   x = 20; y = 11
B   x = 20; y = 12 
C   x = 18; y = 11
D   x = 18; y = 12
 
  7   Antara yang berikut, manakah bukan nombor perdana?
A   1                        C   5               
B   2                        D   7
 
 
 
  8   31, x, y, 43, dan 47 ialah satu urutan nombor perdana dalam tertib menaik. Nilai x + y ialah
A   76                      C   78
B   77                      D   82
 
  9   Hasil tambah bagi dua nombor perdana berturutan ialah 112. Hitungkan beza antara dua nombor perdana itu.
A   4                        C   6
B   5                        D   7
 
10  Cari nilai x dan y dalam urutan nombor (5, x), (8, 14), (y, 28), dan (14, 56).
A   x = 7; y = 11
B   x = 7; y = 16    
C   x = 8; y = 12
D   x = 8; y = 14
 
11  Cari hasil darab nombor perdana terbesar yang kurang daripada 10 dan nombor perdana terkecil yang lebih besar daripada 25.
A   169                    C   203
B   189                    D   261
   
12  Cari hasil tambah bagi semua nombor perdana di antara 10 dan 25.
A   59                      C   83
B   60                      D   104
 
13  Antara yang berikut, manakah menunjukkan semua nombor perdana di antara 60 dan 75?
A   61, 63, 67, 69, 71, 73
B   61, 63, 67, 71, 73
C   61, 67, 69, 71, 73
D   61, 67, 71, 73
 
14  Antara yang berikut, manakah bukan faktor bagi 288?
A   12                      C   18
B   16                      D   22
 
15  Hasil tambah semua faktor bagi 20 ialah
A   42                      C   30
B   33                      D   21
 
16  Diberi 1, 4, 7, 28, dan 56 ialah faktor bagi x. Antara yang berikut, manakah nombor x?
 
A   168
B   196                   
C   252
D   308
 
17  Rajah 1 menunjukkan beberapa faktor bagi 144.
Diagram 1  Rajah 1
       Nilai x yang mungkin ialah
A   5
B   10                     
C   18
D   26
18  Rajah 2 menunjukkan maklumat tentang Q.
  3 ialah fakor bagi Q.
  Q ialah faktor bagi 60.
Rajah 2
       Apakah nombor yang mungkin bagi Q?
A   9                        C   20
B   12                      D   25
 
19  Faktor-faktor perdana bagi 47 ialah
A   2 dan 3
B   2, 3, dan 7       
C   2, 3, 7, dan 21
D   1, 2, 3, 7, dan 21
 
20  Cari hasil tambah bagi faktor perdana yang terbesar dan yang terkecil bagi 84.
A   9                       
B   10                     
C   12
D   14
 
21  Nombor-nombor yang berikut mempunyai tiga faktor perdana kecuali
A   24                      C   42
B   30                      D   105
 
22  Nyatakan 210 sebagai hasil darab faktor perdananya.
A   2 × 3 × 5 × 7   
B   2 × 5 × 22        
C   5 × 6 × 7          
D   2 × 105

Pelajar-pelajar Tingkatan 1 perlu menguasai Nombor Perdana, Faktor Perdana, GSTK dan FSTB
 
SELAMAT MENJAWAB........
 
PN. SURAYA AHMAD

welcome 2016


Monday, February 9, 2015

HOT's & LOT's

Format Baru Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Info ni sangat PENTING. Ianya akan menjadi tanda aras awal di mana anak kita akan berada 10 tahun akan datang. - See more at: http://cheguzam.blogspot.com/2014/06/kbat-panduan-dan-format-untuk-guru.html#sthash.HgDRQtZW.dpuf




Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiran Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015.

2.0         KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 
KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.
KBAT

KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.
Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.

KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

KBAT - Panduan dan Format untuk Guru Matematik
JENIS SOALAN DALAM MATEMATIK 
1) RUTIN (Aras Rendah)
--> Tidak memerlukan murid menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. (Biasa kita gunakan)

CONTOH 1:
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70.
Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria?
2) BUKAN RUTIN (Aras Tinggi)
--> Memerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi.
--> Penyelesaian mungkin memerlukan lebih daripada 1 cara bagi membuat keputusan dan memilih operasi matematik.
CONTOH 2:
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan
sebungkus biskut dengan harga RM1.70.
Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual.
Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen?
Terangkan jawapan anda.
Zaman akan datang sangat-sangat mencabar.
Jumlah "A" bukan lagi perkara yang penting dlm pencapaian akademik. Yang penting bagaimana anak anda mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah.

GAYA soalan ditanya untuk pelajar Tahun 1,2,3,4,5,dan 6 akan berubah sama sekali.

Soalan LOTs (Lower Order Thinking Skills)
Soalan HOTs 
(Higher Order Thinking Skills)
Zaman dulu soalannya mungkin seperti ini

Bundarkan 726 kepada ratus yang terdekat?

Anak anda mungkin boleh faham dgn pantas.
Apakah nombor yang boleh  dibundarkan kepada 700?

Cuba anda fikir dan berikan jawapan dengan pantas.
Banyak jawapan bukan? Timbul rasa ragu?
Dan perlu berhenti untuk berfikir sekejap, bukan?
Ini masih lagi dikira soalan tahap rendah.
Mungkin sebagai ibubapa, yang mungkin terbaca artikel ini, Apa tindakan kita untuk membantu anak-anak?
Soalan berbentuk KBAT akan mula diajar pada sesi TAHUN 2014 ini.
PERSOALANNYA SEJAUH MANAKAH semua ibu bapa dudah TAHU tentang PENAMBAHAN ini?
Berikut disenaraikan 5 CIRI 'KBAT' @' HOTs'
@cheguzam
SKOP YANG LUAS
❒ Pengetahuan Asas sebagai keperluan
FAKTA
❒ Tidak Spesifik & merentasi matapelajaran
BERMAKNA
❒ Boleh ditafsir dan Mencabar
STIMULUS
❒ Situasi baru
❒ Bukan lazim bagi murid
❒ Memberi maklumat secukupnya kepada pelajar
RESPON MURID
❒ Kepelbagaian
❒ Boleh melibatkan lebih daripada 1 jawapan
- See more at: http://cheguzam.blogspot.com/2014/06/kbat-panduan-dan-format-untuk-guru.html#sthash.HgDRQtZW.dpuf
Tahukah anda Soalan UPSR dan SPM akan berbentuk Pemikiran Aras Tinggi menjelang tahun 2016? Ianya lebih dikenali sebagai 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)' atau 'Higher Order Thinking Skill (HOTs)'. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) harus diterapkan bermula sekarang.

Bersediahkah anda? Luangkan MASA 5 MINIT untuk anda memahami perubahan yg berlaku dlm dunia pendidikan kita sekarang. - See more at: http://cheguzam.blogspot.com/2014/06/kbat-panduan-dan-format-untuk-guru.html#sthash.HgDRQtZW.dpuf
Format Baru Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Info ni sangat PENTING. Ianya akan menjadi tanda aras awal di mana anak kita akan berada 10 tahun akan datang. - See more at: http://cheguzam.blogspot.com/2014/06/kbat-panduan-dan-format-untuk-guru.html#sthash.HgDRQtZW.dpuf
Format Baru Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Info ni sangat PENTING. Ianya akan menjadi tanda aras awal di mana anak kita akan berada 10 tahun akan datang. - See more at: http://cheguzam.blogspot.com/2014/06/kbat-panduan-dan-format-untuk-guru.html#sthash.HgDRQtZW.dpuf

Monday, May 12, 2014

FORMAT MATEMATIK PT3




Berikut adalah format Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi subjek Matematik (Ujian Bertulis)

Penerangan
Tugasan memerlukan murid untuk memberikan respon secara bertulis dalam bentuk ujian objektif atau subjektif.

Tempoh
Dua jam

Konstruk
Pengetahuan, Kefahaman dan Kemahiran
Kaedah Penskoran
Analitik

Bentuk Ujian
Objektif atau subjektif

Jenis Item
Respon terhad / berstruktur / objektif pelbagai bentuk

Tajuk
Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan pelajaran tingkatan satu hingga tiga

Pelaksanaan
Berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan

Pemeriksaan
Dilakukan oleh guru berpandukan panduan penskoran

Mode
Murid memberikan respon secara individu


Bagi memahami PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) dengan lebih lanjut, boleh baca artikel mengenai Jadual dan Pelaksanaan PT3. Rujuk juga jadual pelaksanaan PT3 supaya dapat bersedia lebih awal.






PT3 2014       


         Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini.

Beliau berkata, menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 1 April ini, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

"(Akan) Ada bentuk penilaian di peringkat sekolah. PT3 ini akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional.

"Di samping PT3, kemasukan ke sekolah tersebut juga akan menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," katanya.

Muhyidddin yang juga menteri pendidikan berkata, demikian pada sidang media khas yang turut dihadiri penggiat utama sistem pendidikan negara seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan penilaian prestasi seseorang murid pada akhir tahun hasil pentaksiran yang dibuat dan murid itu boleh mohon slip keputusan untuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh.

Muhyiddin berkata, PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan.

"Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja.

"Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes," katanya.

Beliau berkata, melalui PT3, sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran itu berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang ketara disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

Katanya, LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan. - Bernama, 18 Mac, 2014.