Saturday, February 15, 2014

PBSMR @ PPMR???

SENARIO 2014




Semua pelajar tingkatan tiga disahkan akan menduduki Pentaksiran Pusat (PP) untuk Pentaksiran Peringkat Menengah Rendah (PPMR) pada Oktober ini bagi menguji apa yang telah dipelajari selama tiga tahun di sekolah menengah.

Dalam pada itu, Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang mendapat rungutan ramai cikgu sebelum ini dijangka akan ditambah baik sepenuhnya pada April ini.

Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Na'imah Ishak berkata, PPMR tidak bergantung 100 peratus kepada peperiksaan pusat tetapi merangkumi empat kumpulan penilaian yang berbeza.

Beliau berkata, empat penilaian tersebut ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikologi.

``Kementerian Pendidikan tidak menghapuskan Penilaian Menengah Rendah (PMR), kita sebaliknya menambah baik apa yang ada bagi memupuk bakat dan kemahiran pelajar dalam pelbagai bidang," katanya dalam temuramah dengan beberapa media.

Na'imah berkata, PPMR akan menilai beberapa aspek termasuk pengetahuan, pemahaman, kemahiran, penyertaan dan pembangunan pelajar berkenaan.

Di bawah Pentaksiran Pusat (PP) PPMR, prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dinilai dalam bentuk ujian bertulis dan lisan manakala subjek lain termasuk Bahasa Arab, Cina dan Tamil hanya diuji secara bertulis.

``Untuk subjek bahasa yang tidak diuji secara lisan dalam PP, cikgu boleh mengadakan penilaian sendiri di sekolah," kata Na'imah.

Tambahnya, ujian bertulis dan lisan untuk PP dijadualkan mengambil tempat pada Oktober ini.

Dalam pada itu, Na'imah mengesahkan bahawa versi SPPBS yang ditambah baik dengan kapasiti lebih tinggi akan dapat digunakan oleh para cikgu pada April ini.

Beliau turut mengakui bahawa SPPBS yang lama mempunyai masalah tertentu sehingga menyebabkan ramai guru terpaksa menghabiskan masa yang panjang untuk memasukkan data.

``Kementerian Pendidikan akan menambah kapasiti sistem supaya para cikgu boleh memasukkan data dengan lebih pantas" katanya.


Read more: http://malaysiagazette.com/akhbar-cina/pentaksiran-pusat-ppmr-oktober-sppbs-ditambah-baik-april#ixzz2tSaCk6fA
Follow us: @MalaysiaGazette on Twitter | MalaysiaGazette on Facebook

SELAMAT DATANG 2014




Sunday, July 7, 2013

KEDATANGAN MU DINANTI....Ya Ramadhan...



SELAMAT DATANG YA RAMADHAN........


 

“Ramadhan bakal datang menjelang
Kaum muslimin semuanya senang
Suasana pun bisa jadi tenang
Kerana ianya bulan kemenangan

Ramadhan adalah bulan yang penuh berkat, rahmat, dan ampunan. Melakukan kebajikan pada bulan Ramadhan, akan di ganjarkan oleh Allah dengan sejumlah ganjaran. Secara tepatnya, pahalanya jadi berkali lipat.
SAMBUTLAH DENGAN RASA SYUKUR
Rasulullah SAW telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud :- Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.”
Yang menghairankan bagaimana kejadian buruk masih lagi berlaku, sedangkan di bulan Ramadan segala syaitan dan kuncu-kuncunya telah dirantai dan dibelenggu, umpat mengumpat misalnya menjadi bualan mulut, kata-kata dan kata-kata kesat masih meniti di bibir-bibir mulut, malah yang mengaibkan lagi ada juga sebahagiannya yang sanggup melakukan perkara-perkara yang mencemarkan imej Islam.

Thursday, December 27, 2012

I-Think 2013

Program i-think

Pernah dengar program ini?Dah biasa kot?Apa dia?
Baiklah,saya berikan sedikit maklumat untuk kita kongsi bersama...

merupakan satu program KPM untuk membantu pelajar lebih mudah belajar dan dapat perangsang pemikiran mereka.
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar.

Definisi Pemikiran

proses menggunakan minda
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu
menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan
membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami

Tujuan Latih KBKK
mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

Program i-Think merupakan satu program yang memberi perhatian kepada Peta Pemikiran
peta pemikiran digunakan untuk meningkatkan daya pemikiran seseorang.
Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.

Program i-Think ini, mengemukakan 8 jenis peta iaitu Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir. Peta Pelbagai Alir dan yang terakhir adalah Peta Titi.

Berikut adalah gambaran keseluruhan Peta Pemikiran yang terdapat dalam i-think:


Friday, October 5, 2012

SELAMAT MENGHARUNGI PMR 2012...

SEMOGA SELURUH PELAJAR PMR 2012 SMK HANG KASTURI DAPAT MENJAWAB PEPERIKSAAN DENGAN CERMAT DAN TELITI.

KAMI WARGA SMKHK AKAN SELALU MENDOAKAN KEJAYAAN UNTUK SEMUA.....